Wednesday, November 11, 2009

Program Sessi Turun Padang State GM MSC 2009

Carta Organisasi AND MSC 2009




Pengurus Besar MSC Business Area, En. Rozlan Mohamed telah melawat/turun padang ke
AND MSC di Bangunan TM Kinrara pada hari Rabu, 11 November 2009.

Aurcara majlis:
9.00 am - Sarapan pagi
9.30 am - Doa oleh En Mohd Razmi Abdullah
Nyanyian lagu Negaraku
Nyanyian lagu kristal
9.40 am - Kata-kata aluan oleh AGM MSC (En. Hawari Uda Mat Lazim)
9.50 am - Ucapan oleh GM MSC (En. Rozlan Mohamed)
10.00 am - Taklimat oleh En. Hawari Uda Mat Lazim
11.30 pm - Sessi soal jawab bersama kakitangan AND MSC
12.30 pm - Jamuan Makan
1.00 pm - Bersurai

Sunday, November 1, 2009

Seloka Raya AND & RNO MSC 2009

Pengorbanan Seorang Isteri

Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh..dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnyamalam ini. 2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkanisterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanyaNura. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas".Jawapan yang cukup mengecewakan Nura.
"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang,abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbatkesukaan abang," luah Nura dalam hati.
"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", pintaNura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpankembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecilhatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem danmakan untuk alas perut kerana diasememangnya lapar, tapi seleramakannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panassedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminyatelah terlelap.
"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpakucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang padaNura", bisik hati kecilnya.
"Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang, Nuranak kucup abang, Nura rindu abang".
Selesai solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatanyang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapurmenyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dansayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk kepejabat. "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, diaada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamahsekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nuramenghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura",kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Nura pada abang....... ."
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau,kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian binikau". Zikri bergurau nakal. "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazimpergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balikpun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.
"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasanbalik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabatyang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universitimalah sekarang bekerja sebumbung. "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malasnak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapientahlah", terang Hilmi.
"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengarsemuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". UsulZikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenungplan bangunan yang sedang direkanya.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanyadihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu,kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan.Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkansegalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nuramenangis sepuas hatinya.
5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nurabahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaanitu makin menjauh.Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkanHilmi. Makin laju air matanya mengalir.
"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5tahun yang lepas. "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allahabang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasihsayang buat Nura,"janji Hilmi. "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nuralagi.
"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah,Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmimeyakinkan Nura. Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi diamungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telahdibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat.
Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkanHilmi sekiranya dia sudah mengalah danterkilan kerana Nura masih belummampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalanipembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencubapelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura padaabang.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidaksalahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yangtidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..."ayat Hilmi terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri. "Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah saja,sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah,aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukarsebaliknya", terang Hilmi.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri. "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia,aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap,dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nurasebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkanbersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akanbertukar menjadi perbalahan", Jelas Hilmi.
"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidakberpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?" "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Akuharapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia takmampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawinlagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup",Ujar Hilmi.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- -----
Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi denganpergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungirumah saudara mara ataumenjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dahhampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertuadan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, makadengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakakiparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akanmenjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untukmenggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukupbanyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskutuntuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akangembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunyaNura pada abang.
Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadipenghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nuramasih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatuyang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takutdia kecewa lagi. Arghh tak apalah,demi suami tercinta. AaargghRindunya Nura pada abang.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yangdikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang temanmakan malamnya. "I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mulasayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
"Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," aduNura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat. "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye,abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betulmembuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalauNura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemaniNura. Arrgg rindunya Nura pada abang.
Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusantidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terusberbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.
Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati kemajlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kaliini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi.Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu padamanusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.
Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untukmembuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasasakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasarindu yang amat sarat. "Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan sepertikelazimannya. "Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.
"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akanbalik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut. "Eh.. dah pandai menjawab,"perli Hilmi. Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yangNura nak bincangkan. "Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? TanyaNura.
"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kitabayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?"Hilmi beralasan. Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengandia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?"Ujar Nura.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yangmenyesakkan dada", bantah Hilmi lagi. "Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura takmampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kitakosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakapdengan sedu sedan.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang taksuka. Bosan betul..." Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kianmenjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau,telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan diamemohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masihmenanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terusmemohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkanacuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makanbersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik,sebab sudah tidak tahan lagi.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masihmenanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, diamenelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri. "Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, bolehaku jumpa kau?", tanya Zikri
"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpaizin suami aku,berdosa tau", tolak Nura. Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kauperempuan, bisik hatinya. "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku,boleh?" pinta Zikri
"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau,last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Nura.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Piluhati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahuiapa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dankhabarkan berita itu. Zikri serba salah.
"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nakmulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudarasendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kautanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.
Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Beritagembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikanHilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaianpenting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.
"Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak,dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahudan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana merekajuga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriatsendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkanabaikan Nura." Janji Hilmi. Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata.Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nuraterlalu kecewa.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala,sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkanNura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluarmasuk. Dia masih resah.
"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehatkerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untukkuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk earlydelivery dalam kes macam ni," terang doktor.
"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura", kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura. "Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi. "Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudahbertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hatibang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." JelasNura.
"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cumasekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawinlagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abangakan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi.
Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampakdan membawa kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu,mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalinkerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulahpanggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akanmelakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan,doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senangmengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedahuntuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nuraakan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yangdikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebabitulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenisubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.
Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakangerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayidirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, keranabimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangipara doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darahyang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masabeberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia paniksekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jamberlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana . Hilmi makin risau,setengah jam kemudian doktor keluar.
Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya. "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat,encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cubasedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor. "Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.
"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya."jelas doktor. "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelaidan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepasmenyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usiaSyuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namundikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuhkasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comelitu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinyaterlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nuramenjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkaraitu pada Hilmi.
"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk Hilmi menenangkan Nura. "Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air. "Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknyadidapur. "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yangkeluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah danakhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkanhal itu.
Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ainlagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang diaperlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawademi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demimembahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak reladia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadirkelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecilitu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
Abang yang Nura rindui,
Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yangterbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudahjauh meninggalkan abang, Nura tak arapkan Nura akan selamat melahirkananak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang.
Nuramasih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampumemberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan,dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriatini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadipenghuni setia katil hospital ini.
Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia,cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiappergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanyaditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahajaNura redha bang. siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura takmampu abang.
Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkandoa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihiselamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nuraredha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa,dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimanaNura redha.
Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nurauntuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andaiapa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu.
Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjagaseorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasihsayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang,dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapatseorang ibu yang penyayang.
Abang yang Nura rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangatucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, danwalaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...
Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang..... rindubang... rindu sangat....
Sekian,
Ikhlas dari nurani isterimu
Nura Ain Bt. Abdullah
Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dankini dia amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapaberharga sebuah kerinduan itu..... Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.

Makkah Masa Hadapan