Monday, January 21, 2013

SESI LAWATAN VP REGIONAL DEVELOPMENT

SESI LAWATAN VP REGIONAL DEVELOPMENT
KE PROJEK PENGALIHAN INFRA TM 
PROJEK LRT DI USJ


VP RD, Tuan Hj Ab Ghafar Ismail telah meluangkan masa melawat tapak projek LRT di USJ 18 pada 11/03/2013 yang lalu. Turut bersama beliau GM ND Central, En Aznan Ramli dan Team AND MSC diketuai AGM Cik Khairiah Md Tahir. Projek Sambungan Kelana Jaya Line bermula dari Kelana Business Centre melalui Subang, USJ, Alam Megah dan berakhir hub Putra Heights. Laluan melibatkan tambahan 13 stesen baru sejauh 17km panjang landasan. Projek ini dikendalikan oleh Syarikat Prasarana Negara dan Konsultant yang dilantik adalah Syarikat OPUS AV. Projek pengalihan Infra TM telahpun siap sepenuhnya dari stesen 1 sehingga stesen 8. Untuk pengalihan infra TM bermula dari stesen 9 sehingga stesen 10 akan bermula pada awal Januari dan dijangka tamat pertengahan April 2013. Terima kasih Tn Hj Ghafar atas keperihatinan dan nasihat serta kata-kata semangat beliau menjadikan sesi perbincangan di tapak lebih bermanfaat!