Saturday, December 1, 2012

GERAK GEMPUR SERDANG

TM SELANGOR MSC MENYERANG SERDANG. UNIFI ATTACK !!!



 Pasukan mantap MSC



Panas terik kami gempur best !!!



are u UniFied yet? 

Friday, November 23, 2012

NDC IQA(Internal Quality Audit) AND MSC

NDC IQA(Internal Quality Audit) 2/2012 
21/11/2012 
AND MSC

Assalamualaikum dan Salam 1TM,

Pada tanggal 21 November 2012 telah jayanya sesi audit NDC IQA 2/2012 di AND MSC Kinrara. Semua staff di AND MSC dari pelbagai unit terdiri dari Fundamental, Planning, Implementation dan Support. Tujuan sesi ini dijalankan bagi memastikan PTT MSC melaksanakan projek berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh QP manual. Terima kasih kami ucapkan kepada semua staff yang terlibat kerana bersama-sama membantu melancarkan sesi IQA ini dengan jayanya. Terima Kasih.



 Pembukaan majlis diketuai oleh En. Suhaimi selaku ketua majlis dengan iringan Doa, Nyanyian lagu Negaraku dan Kristal serta tidak lupa Teaming with passion "CHALLENGE"



 Dimulakan dengan ucapan dari Ketua Auditor En. Shamsaimun Mat serta penerangan dari beliau mengenai sesi NDC IQA 2/2012.




 Ucapan dari Cik Khairiah Md Tahir selaku AGM AND MSC Kinrara menjemput kedatangan semua team Auditor serta merasmikan sesi audit NDC IQA 2/2012.



 Sesi bergambar bersama AGM Kinrara, Team Auditor, Project Manager dan staff AND MSC Kinrara.



 Sesi Audit jalankan kerjasama dari Project Manager, Executive dan SO.



 Penerangan dari Planner manager dan Implement Manager mengenai projek masing-masing.



 Majlis penutupan sesi audit NDC IQA 2/2012 



"CHALLENGE"

TERIMA KASIH kepada semua staff yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi sesi audit NDC IQA 2/2012 kali ini. Terima kasih juga kepada Team Auditor dari PTT AND KL dan AND ST. Juga kepada Champion dan Co Champion IQA AND MSC 2012.


"Quality Our Top Priority"


LEAD AUDITOR

En. Shamsaimun Mat

AUDITOR

En. Abdul Halim Che Mud
En. Nasaruddin Sallehudin
En. Nordin Jusoh
En. Ahmad Shaadan Tarmizi
Cik. Roshidah Said
Puan Noor Aslinda Hanaffiah



Tuesday, October 23, 2012

Futsal AND MSC - Married VS Single

Futsal AND MSC
Married vs Single 

Assalamualaikum dan Salam 1TM,

Satu perlawanan futsal  antara staff yang telah berkahwin vs yang masih bujang telah diadakan pada 19 Oktober 2012 pukul 8.30 pm di Gelanggang Futsal Batu 14 Puchong. Nampaknya married team lebih bersemangat dan ceria berbanding single team. Apa-apa pun majulah sukan untuk diri sendiri....hehhehe....


Berdiri dari belakang : Mukmin(penuh ceria),Rahim(nampak berisi),Farhan(memang berisi),Hazril(penuhkan gawang gol-memang bola takkan masuk punya lah),Wan Nasriki(salah 1 faktor kemenangan Kelantan), Mi(kebanggaan Nana) dan Rizal(a.k.a Owen).
Baris hadapan : Ejal(a.k.a Cristiano Ronaldo see the jambul la),Zack(senyum2), Suhaimi(senior  striker),Azmi(senior striker 2) dan Shahril(a.k.a Pisang...tersenarai dalam player MSC aje)



Berdiri dari belakang : Shuhaimi(ada rupe Javier tapi nanti perasan la pulak), Khairi(nampak berisi), Hayyi(Sasa..penjaga gol kot),Pejal(peminat Aaron Aziz), Khairil(bola tu mcm nak kene ko je),Ruzzaini(baru la nampak senyum tu),Hasrul(btw tunjuk ngeri yer org sebelah pki baju tu) dan Hanafi(no komen).
Baris hadapan : Azril(apo ko pandang tu jang),Idrus(semangat nampak),Nik, Ezuwan dan Hafiz.

Thursday, October 4, 2012

Program Gerak Gempur

Program Gerak Gempur 



Pada 3 Oktober 2012 berlangsungnya  Program Gerak Gempur di  AJ Delight No.41 Jln Puteri 4/1 Bdr Puteri Puchong.


Team Gerak Gempur bersama dengan Dato' Sri Zam Isa turun padang meriahkan program.

Friday, September 28, 2012

Lawatan VP Regional ND ke AND MSC (26 September 2012)

SIARAN 1SUARA

Event Title/Name : Sesi turun padang VP Regional Development, En Ab Ghafar Ismail ke AND MSC. 
Description of the Event : Sesi turun padang ini diadakan adalah untuk sesi suaikenal VP RD yang baru iaitu En Ab Ghafar Ismail dengan semua anggota eksekutif AND MSC. Turut hadir dalam sesi ini adalah Pengurus Besar ND Central iaitu En Aznan Ramli dan Pengurus Besar TM MSC, Pn Norliza Hj Jaafar. Satu taklimat ringkas dan padat mengenai pencapaian AND MSC pada tahun 2011 sehingga sekarang berserta cabaran dan target yang perlu dicapai untuk tahun 2012 disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar AND MSC, Cik Khairiah Md Tahir. En Ab Ghafar memberikan amanat penting yang perlu diambil serius oleh setiap eksekutif AND MSC berkenaan perkembangan semasa kemajuan projek di ND serta memberikan maklumat-maklumat terkini berkenaan projek yang akan dijalankan di ND untuk masa akan datang. Harapan beliau adalah untuk melihat AND MSC dapat mencapai target seperti yang ditetapkan. Di samping itu juga, Pn Norliza memberikan penerangan ringkas mengenai projek TM MSC SPRINT yang telah dilancarkan pada 12 September yang lalu dan harapan beliau adalah untuk melihat lebih ramai sukarelawan SPRINT tampil membantu bagi mencapai objektif projek iaitu kutipan sebanyak RM300 juta untuk tahun 2012. Sesi yang berlangsung selama 2 jam ini banyak memberikan maklumat-maklumat terkini kepada anggota eksekutif AND MSC dan diharapkan amanat-amanat yang berguna yang telah disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua yang hadir pada sesi tersebut.
When/Date/Time : 26 September 2012
Where : Ibusawat TM Kinrara
Why/Objective : Sesi turun padang VP RD bagi mengenali lebih dekat setiap anggota eksekutif yang bertugas di Network Development.  



     Turut hadir, Pengurus Besar TM MSC, Pn Norliza Hj Jaafar dan Pengurus Besar ND Central,En Aznan Ramli.



 Taklimat ringkas dan padat oleh Cik Khairiah Md Tahir, 
Penolong Pengurus Besar AND MSC.



Laungan kata-kata Teaming with Passion di awal sesi.

Sekian, terima kasih.



Wednesday, September 12, 2012

Raya Merdeka 2012

Raya Merdeka 2012
TM MSC/Cyberjaya
12 SEPTEMBER 2012


Assalamualaikum dan Salam 1TM,

Ribuan terima kasih kepada semua yang turut membantu dalam menjayakan hiasan khemah dan Jualan Air Buah Kita dalam acara Raya Merdeka 2012 yang diadakan di Cyberjaya pada tahun ini. Dengan rasa penuh bangga dan terharu kerana pasukan kita telah berjaya meraih tempat ketiga dalam 'Pertandingan Khemah Tercantik'. Paling tidak disangka-sangka kita berjaya juga meraih tiga tangga teratas, namun itulah dinamakan rezeki yang telah berpihak kepada kita. Alhamdulillah. Mari kita lihat gambar-gambar yang sempat di ambil untuk kenangan.


Hari sebelum acara berlangsung :

 Geng-geng Mak Jemah kupas buah







 Eh ...ade bunga sekuntum di taman larangan :p



 Ape tengok2..meh sini tolong.



 Jaga2 kak Madhi.



Cuba teka siapakah empunya tangan tu...?..hikhik



Hari acara berlangsung :


 Master chef..



 Eh..eh......







 Tunjuk rajin nampak..hikhik



 Bekerja sambil bersantai....



 Senyum2..jangan tak senyum...



 Cik K telah sampai...



 Tadaaa..inilah hasilnya...wooooww....



 Jus Tembikai Seloka Hari Raya nama di beri...



 Senyum la Kak Lin awat masam....



 Tu dia..Kak Madhi dah amik port nak menggodak....



 Godak2..



 Gaya macho En Said menggodak air....



 Mari2....











 Kak Madhi yang tak lekang dengan senyuman....hikhikhik...



 Bos kita memberi posenya di hadapan gerai jualan kita...



 Cumiy yang comel...



                    Hari ni En Saiful seorang je yang lengkap berpakaian Melayu...







 1 TM....



 Dah nak bersambung dah kening Kak Lin...sabar2...

























 Air dah habis....last kopek....











 Ngap......apo kono ekau ni jang....???



 Nabli berapa pinggan dah?- aku baru1 pinggan tau....



Senyuman budget hensem Suhaimi.... 



 Senyum lagi...
Jeng-jeng....Tempat ketiga Pertandingan Khemah Tercantik dimenangi oleh......
AND MSC.....yahooo !!!



 Tuah Cik K pada tahun ini....







 Senyuman ceria di atas kemenangan kami...



 Bergambar sebelum menutup gerai jualan....



Free style kami.....kami best !!!


Sekian sahaja...
Semoga berjumpa di lain acara.....
Wasalam.....