SIARAN 1SUARA
Event Title/Name : Sesi turun padang VP Regional Development, En Ab
Ghafar Ismail ke AND MSC.
Description of the
Event : Sesi turun padang ini diadakan adalah untuk sesi suaikenal VP RD yang baru
iaitu En Ab Ghafar Ismail dengan semua anggota eksekutif AND MSC. Turut hadir
dalam sesi ini adalah Pengurus Besar ND Central iaitu En Aznan Ramli dan
Pengurus Besar TM MSC, Pn Norliza Hj Jaafar. Satu taklimat ringkas dan padat
mengenai pencapaian AND MSC pada tahun 2011 sehingga sekarang berserta cabaran
dan target yang perlu dicapai untuk tahun 2012 disampaikan oleh Penolong
Pengurus Besar AND MSC, Cik Khairiah Md Tahir. En Ab Ghafar memberikan amanat
penting yang perlu diambil serius oleh setiap eksekutif AND MSC berkenaan
perkembangan semasa kemajuan projek di ND serta memberikan maklumat-maklumat
terkini berkenaan projek yang akan dijalankan di ND untuk masa akan datang.
Harapan beliau adalah untuk melihat AND MSC dapat mencapai target seperti yang
ditetapkan. Di samping itu juga, Pn Norliza memberikan penerangan ringkas
mengenai projek TM MSC SPRINT yang telah dilancarkan pada 12 September yang
lalu dan harapan beliau adalah untuk melihat lebih ramai sukarelawan SPRINT tampil
membantu bagi mencapai objektif projek iaitu kutipan sebanyak RM300 juta untuk
tahun 2012. Sesi yang berlangsung selama 2 jam ini banyak memberikan
maklumat-maklumat terkini kepada anggota eksekutif AND MSC dan diharapkan
amanat-amanat yang berguna yang telah disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya
oleh semua yang hadir pada sesi tersebut.
When/Date/Time : 26 September 2012
Where : Ibusawat TM Kinrara
Why/Objective : Sesi turun padang VP RD bagi mengenali lebih dekat
setiap anggota eksekutif yang bertugas di Network Development.
Turut hadir, Pengurus Besar TM MSC, Pn Norliza Hj Jaafar dan
Pengurus Besar ND Central,En Aznan Ramli.
Taklimat ringkas dan padat oleh Cik Khairiah Md Tahir,
Penolong Pengurus Besar AND MSC.
Penolong Pengurus Besar AND MSC.
Laungan kata-kata Teaming with Passion di awal sesi.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment