SIHAT
1 CYBER 2013
WARGA TM MSC
BERSAMA PENGURUSAN KANAN TM IBU PEJABAT
DIKETUAI OLEH EN.MOHD KHALIS B. ABD RAHIM,
CHIEF HUMAN CAPITAL OFFICER, GROUP HUMAN CAPITAL MANAGEMENT
Tahniah dan terima kasih kepada Pihak Human Capital Business Driver MSC kerana telah berjaya mengadakan dengan jayanya satu program yang amat menarik dan menyihatkan iaitu “SIHAT 1 CYBER 2013 ” yang diadakan di Perkarangan Lobi, Kompleks TM Cyberjaya pada 6 Februari 2013 (RABU) dari 8.45 PAGI – 10.00 PAGI .
Objektif utama
program ini adalah untuk mengumpulkan anggota dari pelbagai unit dan bahagian
yang bertugas di kawasan MSC/Cyberjaya.
Mengimbas kembali program Sihat 1 Cyber yang pernah dijalankan sebelum ini yang mendapat sambutan yang menggalakkan dari
kalangan anggota, sebagai permulaan tahun baru
2013 pihak pengurusan TM MSC sekali lagi mengadakan program ini dimana dengan
adanya program seperti ini, ia akan merapatkan lagi silaturrahim serta bersuai
kenal dikalangan warga MSC serta menjadikan anggota lebih sihat cergas dan
menjadi lebih produktif.
Program Sihat 1
Cyber ini adalah program senaman pagi yang akan diketuai oleh Akedemi Aerobik
Kebangsaan, Majlis Kecergasan Kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan. Staff dikehendaki memakai pakaian sukan (t-shirt dan seluar track)
yang sesuai untuk menjalani senaman pagi.
Bersama-sama
Program Sihat 1Cyber yang akan dijalankan, 3 program lain akan menyusul
bersama-sama program ini iaitu:-
- · Penyampaian Anugerah Anggota Terbaik Suku Tahunan Suku-3 dan ke-4 2012
- · Majlis Perasmian Klinik Marisa
- · Lawatan pihak pengurusan Ibu Pejabat ke NOC