Friday, September 28, 2012

Lawatan VP Regional ND ke AND MSC (26 September 2012)

SIARAN 1SUARA

Event Title/Name : Sesi turun padang VP Regional Development, En Ab Ghafar Ismail ke AND MSC. 
Description of the Event : Sesi turun padang ini diadakan adalah untuk sesi suaikenal VP RD yang baru iaitu En Ab Ghafar Ismail dengan semua anggota eksekutif AND MSC. Turut hadir dalam sesi ini adalah Pengurus Besar ND Central iaitu En Aznan Ramli dan Pengurus Besar TM MSC, Pn Norliza Hj Jaafar. Satu taklimat ringkas dan padat mengenai pencapaian AND MSC pada tahun 2011 sehingga sekarang berserta cabaran dan target yang perlu dicapai untuk tahun 2012 disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar AND MSC, Cik Khairiah Md Tahir. En Ab Ghafar memberikan amanat penting yang perlu diambil serius oleh setiap eksekutif AND MSC berkenaan perkembangan semasa kemajuan projek di ND serta memberikan maklumat-maklumat terkini berkenaan projek yang akan dijalankan di ND untuk masa akan datang. Harapan beliau adalah untuk melihat AND MSC dapat mencapai target seperti yang ditetapkan. Di samping itu juga, Pn Norliza memberikan penerangan ringkas mengenai projek TM MSC SPRINT yang telah dilancarkan pada 12 September yang lalu dan harapan beliau adalah untuk melihat lebih ramai sukarelawan SPRINT tampil membantu bagi mencapai objektif projek iaitu kutipan sebanyak RM300 juta untuk tahun 2012. Sesi yang berlangsung selama 2 jam ini banyak memberikan maklumat-maklumat terkini kepada anggota eksekutif AND MSC dan diharapkan amanat-amanat yang berguna yang telah disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua yang hadir pada sesi tersebut.
When/Date/Time : 26 September 2012
Where : Ibusawat TM Kinrara
Why/Objective : Sesi turun padang VP RD bagi mengenali lebih dekat setiap anggota eksekutif yang bertugas di Network Development.  



     Turut hadir, Pengurus Besar TM MSC, Pn Norliza Hj Jaafar dan Pengurus Besar ND Central,En Aznan Ramli.



 Taklimat ringkas dan padat oleh Cik Khairiah Md Tahir, 
Penolong Pengurus Besar AND MSC.



Laungan kata-kata Teaming with Passion di awal sesi.

Sekian, terima kasih.