Thursday, February 21, 2013

SIHAT 1 CYBER 2013


SIHAT 1 CYBER 2013 
WARGA TM MSC 
BERSAMA PENGURUSAN KANAN TM IBU PEJABAT 
DIKETUAI OLEH EN.MOHD KHALIS B. ABD RAHIM,
CHIEF HUMAN CAPITAL OFFICER, GROUP HUMAN CAPITAL MANAGEMENT

Tahniah dan terima kasih kepada Pihak Human Capital Business Driver MSC kerana telah berjaya mengadakan dengan jayanya satu program yang amat menarik dan menyihatkan iaitu “SIHAT 1 CYBER 2013 ” yang diadakan di Perkarangan Lobi, Kompleks TM Cyberjaya pada 6 Februari 2013 (RABU) dari 8.45 PAGI – 10.00 PAGI .

Objektif utama program ini adalah untuk mengumpulkan anggota dari pelbagai unit dan bahagian yang bertugas di kawasan MSC/Cyberjaya. Mengimbas kembali program Sihat 1 Cyber yang pernah dijalankan sebelum ini yang mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan anggota, sebagai permulaan tahun baru 2013 pihak pengurusan TM MSC sekali lagi mengadakan program ini dimana dengan adanya program seperti ini, ia akan merapatkan lagi silaturrahim serta bersuai kenal dikalangan warga MSC serta menjadikan anggota lebih sihat cergas dan menjadi lebih produktif.

Program Sihat 1 Cyber ini adalah program senaman pagi yang akan diketuai oleh Akedemi Aerobik Kebangsaan, Majlis Kecergasan Kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan. Staff dikehendaki memakai pakaian sukan (t-shirt dan seluar track) yang sesuai untuk menjalani senaman pagi.

Bersama-sama Program Sihat 1Cyber yang akan dijalankan, 3 program lain akan menyusul bersama-sama program ini iaitu:-

  • ·         Penyampaian Anugerah Anggota Terbaik Suku Tahunan Suku-3 dan ke-4  2012
  • ·         Majlis Perasmian Klinik Marisa
  • ·         Lawatan pihak pengurusan Ibu Pejabat ke NOC







































































Wednesday, February 13, 2013

ND Management Meeting Series 1/2013


ND Management Meeting Series 1/2013


Kami Pengurusan di AND MSC ingin mengucapkan tahniah dan Syabas kepada En. Aznan Bin Ramli dan Team Members-nya kerana telah berjaya meletakkan ND Central meraih kemenangan Champion keseluruhan ND baru2 ini di ND Management Meeting 1/2013 A’Famosa pada 4-6hb. Feb 2013.

Tahniah dan Syabas juga kepada Pn. Arzalina Abd Rahman dan seluruh ANDST kerana berjaya menggondol Champion Award AND terbaik 2012. Moga puan dan team dapat mengekalkan prestasi cemerlang ini dan menjadi batu loncatan serta  suntikan semangat kepada AND Central yang lain untuk sama-sama bekerja lebih tekun dan gigih lagi serta  meletakkan ND Central Beyond the No.1 pada 2013. InsyaAllah .


Best ND Region     = ND Central
Best ND HQ             = CTW
Best AND                 = AND Selangor Timur
Best NGN AG/Tx    = NGN AG/Tx Timur
Best FJM                 = FJM Utara













Friday, February 1, 2013

ND CENTRAL Management 1/2013

ND CENTRAL Management 1/2013 




Assalamualaikum dan Salam 1TM,


Tahniah dan syabas kami ucapkan mewakili ND Central kepada En. Mohd Jani Sarpon selaku AGM di AND Selangor Barat dan ajk-ajk tuan yang terlibat dalam menjayakan Program ND Central Management yang dihostkan oleh ANDSB berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Kami amat berbesar hati dan amat berterima kasih kepada tuan  kerana mampu mengadakan program ini walaupun dalam tempoh yang amat singkat serta kami berharap tuan mampu mengadakan lagi di tahun 2014 akan datang.


Tidak terlupa juga kepada team AND MSC kerana berjaya menyempurnakan Program ND Central Management yang dihostkan oleh ANDSB di Kuala Selangor Tahniah dan syabas. Hasil penglibatan dan disiplin yang kuat ditunjukkan,  kita berjaya merangkul 2 kategori yang dipertandingkan oleh Penganjur iaitu Telematch dan Show performance “Gangnam Style”.  Atas prinsip teamwork yang tersemat dalam diri dan juga kesepakatan antara staff berjaya meletakkan kita PTT yang terbaik sebagai satu pasukan yang padu dan mantap dalam apa jua aspek yang diketengahkan. Akhir kata, tahniah dan syabas sekali lagi dari kami di AND MSC kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program ND Central Management siri 1/2013 ini.

 Berikut adalah snap gambar untuk tontonan semua. Enjoy!




AKTIVITI PADANG :















MALAM PERSEMBAHAN :















JUARA PERSEMBAHAN AND MSC. Tahniah !!!




SESI MOTIVASI :











PERSEMBAHAN SETIAP KUMPULAN




 SESI WORKSYOP :